










Dalam perjalanan menuju ke Menara Kuala Lumpur untuk menghadiri HAMFEST 2010 kami (9W2AKC-AKMAL, 9W2OIC-HAZMAN, 9W2JFJ-JAFNI) terserempak dengan satu kemalangan betul-betul bertentangan dengan kilang arak di Petaling Jaya di belakang sebuah perhentian bas. Mangsa merupakan seorang perempuan dan telah melanggar seorang pejalan kaki yang merupakan seorang lelaki warga asing.
Keadaan sewaktu kami sampai itu betul-betul selepas kemalangan berlaku. Agak terkejut melihat moto yang tercampak kira-kira 10meter dari tempat kejadian. Korang boleh fikir la laju tak laju perempuan tu bawak moto yamaha nouvo ni. Wanita tersebut terterap tidak sedarkan diri sewaktu kami tiba. Pejalan kaki warga asing tersebut juga terterap manakala kepalanya dipenuhi darah akibat daripada kulit kepalanya yang terkoyak. Cepat-cepat aku turun motor dan terus telefon ambulan dan inilah pertama kali aku dail 999 dan bercakap dengan operator tu. Agak teruja jugak la.. hehehehe..
Lebih kurang 5 minit polis pun sampai. Teruja jugak la tengok handy motorola polis itu. Sepuluh minit kemudian ambulan dari Hospital Universiti Malaya pun sampai. Kami pun sambung perjalanan semua ke Menara Kuala Lumpur. Dalam keadaan itu aku sedar yang walaupun kita ni berlainan agama dan warganegara namun sebagai seorang manusia dan muslim, Islam tidak pernah melarang kita untuk menolong satu sama lain.. Sekian untuk cerita kemalangan ini. Sambung di atas pula.
0 comments:
Post a Comment