BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Countdown My Birthday

Friday, August 21, 2009

TAHNIAH ALONG!!!!


Mak dengan Along



Seluruh ahli keluarga aku



Aku dengan kakak aku



Adik aku yang bongsu dengan Along


Abah, Along, dengan Mak


Kakak aku yang sulong



Tapak pesta konvo

Inilah adik-beradik aku seramai 5 orang


Assalamualaikum...
Lepas saja pulang dari debat pada malam hari ahad itu aku pun bergegas pula untuk ke Johor bagi menghadiri majlis konvokesyen kakak aku yang sulong (Along). Ini adalah majlis konvokesyen yang pertama bagi keluarga aku. Letih tu memang letih la sebab baru je balik dari debat terus naik bas pukul12.30 pagi ke Johor.. Aku berhenti di Taman Sri Puteri sebab lagi dekat untuk abah aku ambil aku..

Kakak aku ni belajar di UTM Skudai, Johor dalam jurusan ape tah.. Aku pun tak ingat tapi seingat aku ada kena mengena dengan matematik la.. Adik die ni memeng benci matematik tu yang ambil undang-undang tu.. Tu pun ade jugak subjek yang kena guna matematik.. Kakak aku grad dalam usia yang muda la.. Baru je 21 tahun da dapat ijazah sarjana muda.. Sekarang ini die sambung master dalam jurusan tu dekat UTM juga..

Aku tumpang gembira dapat tengok kakak aku berjaya.. Aku ingat lagi waktu kecil dahulu.. Kalau kakak aku berjaya dapat pape sahaja mesti aku akan dengki dan masam saja muke aku.. hehehe.. Kalo nak dikenang memang lawak la.. Kakak aku dapat 8A PMR pun aku da dengki gile.. Mesti rasa nak lawan die untuk tunjukkan akulah yang terbaik.. Namun persaingan secara sihat itu seharusnya ada bagi membolehkan kita berjaya kan..

Mak dan abah aku sahaja dibenarkan untuk masuk ke dalam dewan konvo tu sebab ramai sangat. Aku plak jaga adik-adik dekat bilik sewa yang telah ditempah dalam kampus UTM tu.. sempit jugak la tapi murah.. Lagi pun nak buat tidur saja pun.. Dah selesai je semua kami pun berjalan la ke bandar Johor.. Best... tambahan pula elaun da masuk kan.. tapi aku tak beli pape pun sebab duit bukan dapat selalu.. Sekali dapat kena la beringat kan..

Aku yang drive kereta sampai ke Kuala Lumpur. Sebelum balik tu aku dengar mak aku cakap dekat kakak aku yang tidak sia-sia dia marah dan didik akak aku selama ini sebab sekarang da nampak hasilnya.. Dulu kalo difikir-fikir balik yang mak dan abah aku memang tegas la dalam didik kami adik-beradik.. Dulu mungkin tidak nampak lagi hasilya namun sekarang inilah kejayaannya..

Aku balik dari puduraya.. Pas saja turun LRT telinga aku dengar satu musik gitar.. Bunyi dia sedap giler.. Aku ingat budak-budak muda la tengah main gitar namun semakin hampir aku dengan bunyi itu hati aku tersentak apabila melihat 2 orang buta sedang leka meminta sedekah.. Barangkali mereka ni suami isteri.. Si suami main gitar manakala si isteri memegang kotak meminta sedekah.. Bisik dalam hati aku.. Hidup tak selalu indah.. Kadang-kadang kita berada di atas dan kadang-kadang kita tersungkur nun jauh ke bawah dan ingatlah bahawa ALLAH itu lebih mengetahui....
Salam...

UiTM KAUNTAN JUARA LAGI...

Inilah Dia Buah Ati Aku.. hehehe



3 hakim yang baling berkaliber.. hehehe



Inilah dia Juara DC 2009


Dekat blok ni la perlawanan diadakan


Perlawanan peringkat saringan


Dapat jadi hakim je.. xley berdebat.. sedihnye..
huhuuh.


Tepaksa Kongsi 23 orang satu rumah


Muka-muka keceriaan




Terpaksa mengharungi semak untuk ke Homestay

Assalamualaikum...
Pada 14 sehingga 15 Ogos yang lalu. Kontinjen UiTM Kuantan telah menghantar seramai 52 orang pelajar dimana seramai 23 lelaki dan 29 perempuan ke pertandingan debat piala pengarah kampus UiTM PAHANG 2009. Kalo di ikutkan pertandingan ini memeng diadakan saban tahun bagi mencari dan mencungkil bakat peserta junior untuk menjadi pelapis kelab debat UiTM Pahang agat tidak terkubur begitu sahaja..

Kami bertolak selepas solat jumaat dengan sebuah bas dan sebuah van ke UiTM Jengka.. Sampai dalam pukul 6 petang disana. Puan Sharifah Shatrah sebagai pegawai pengiring.. Sebelum ini pun UiTM kuantan memang telah mengekalkan kejuaraan selama 3 tahun berturut-turut dalam arena perdebatan ini.. Setiap minggu memang aku akan membuat latihan untuk semua ahli debat junior agar mereka senantiasa bersedia untuk menghadapi apa sahaja pertandingan perdebatan..

Memang letih la bila semua kerja dihempokkan atas kepala aku.. Walaupun aku hanyalah timbalan presiden dan bukannya presiden.. Namun aku wat semua kerja itu seorang diri atas dasar minat.. Kalo di ikutkan ape yang aku dapat pun kalo aku bersungguh sangat namun minat mengatasi segalanya.. Cikgu aku pernah kata yang biarkan darah debat itu mengalir dalam tubuh aku.. Jadi penuhi tanggungjawab sebagai pendebat..

Menyusun strategi untuk menang sekali lagi pertandingan ini.. Semua yang pernah mewakili uitm xdibenarkan masuk pertandingan ini yang bertujuan untuk mencungkil bakat baru.. Aku akur juga la walaupun hati tu memang nak berdebat je rasa.. Aku letakkan kuantan c sebagai kumpulan debat yang pailng kuat walaupun sebenarnye semua junior debat aku hebat-hebat belaka.. Memang tidak dapat dinafikan la kan..

Aku train diaowg selama 3 bulan dan aku harap ape yang diajar digunakan sebaik mungkin.. Memang diaorang gunakn la dalam pertandingan ini.. Namun karenah peganjur memang tidak dapat dielakkan.. Banyak masalah yang timbul sewaktu pertandingan ini berlansung antaranya hakim pertandingan yang kurang adil, makanan yang tidak mencukupi, pengankutan, masalah penginapan.. Namun semua itu tidak menjadi penghalang untuk budak kuantan menjadi juara..

Setiap kumpulan dikehendaki melalui 4 pusingan sebelum pusingan kalah mati. Ape yang aku dapat jangka, kumpulan yang akan masuk ke final mest dari kuantan dan jengka.. Memang tepat la sangkaan aku.. Final diantara Jengka A dan Kuantan c yang diwakili Amir, Adzrul Syafiq dan syam.. Usul perdebatan malam itu adalah "H1N1: UMPAMA API DALAM SEKAM".

Aku dan izwar menjadi hakim untuk pertandingan malam itu.. Kami diumumkan sebagai juara namun agak sedih juga la bila gelaran pendebat terbaik yang aku menang waktu dc 2008 tidak dapat dikekalkan.. Walau bagaimanapun misi aku tetap berjaya untuk membawa pulang kembali piala itu ke Kuantan.. TAHNIAH!!!!!!!

Monday, August 10, 2009

CAMPUS DAY OUT UiTM KUANTAN

Ini lah barisan hakim yang bijaksana.. Sir Ikmal, Miss Ju, Madam Shatrah

Sempat lagi tu aku bargambar kat lori milo

Inilah 3 sekawan yang banyak berjasa untuk CDO.. Hehehe.. Gurau je

Antara AJK yang banyak berjasa

Da Bosan sangat la tu

Aktiviti dalam kumpulan

Pak Usu Tekun mambawa basnye.. hehehe


Assalamualaikum......
Posting kali ni aku nak ceritakan tentang hari yang paling letih untuk aku dengan ahli-ahli komiti yang lain. Pada 9 ogos yang baru lepas.. Jawatan Kuasa Perwakilan Kolej UiTM Kuantan yang dikepalai oleh Izwar selaku pengarah projek mengadakan Campus Day Out di pantai Balok lebih kurang 20 km dari bandar Kuantan..

Lebih kurang 400 orang pelajar senior dan junior yang terdiri dari pelajar undang-undang dan Tesl menyertai program ni. Macam biasalah kalo aku yang tulis blog ni mest aku pun ada kerja gak yang aku wat sewaktu aktiviti ini.. Aku salah seorang ahli jawatan kuasa perwakilan kolej bagi sesi semester ini diberi arahan untuk bertanggungjawab terhadap kenderaan yang bakal digunakan untuk hari tersebut.. Kira 2 minggu sebelum aktiviti ini bermula aku da pun siapkan semuanye dengan pihak atasan UiTM.. Memohon sebanyak 2 bua bas dan sebuah van..

Alhamdullilah segala kerja yang diberikan dah aku bereskan supaya aku dapat bantu ajk yang lain dalam melaksanakan tugas mereka.. Tepat je jam 6 aku da bangun bagi mengejutkan rakan-rakan kerana bas trip pertama akan bertolak pada pukul 6.30 pagi.. Nak tak nak aku terpaksa gerakkan rakan-rakan dengan menggunakan pembesar suara.. Mesti ramai kan yang bengang.. hehehe.. tapi apa ley buat da tugas aku untuk memastikan segalanya berjalan lancar... Sory kawan-kawan...

Bas yang pertama bertolak pukul 6.45 pagi.. Terlewat dari rancangan asal la nampaknye.. Sebuah bas aku berjaya muatkan dalam 60 orang pelajar tapi terpaksa berhimpit jgak la.. Pagi tu Pak Usu terpaksa membuat 3 trip untuk memastikan semua pelajar sampai di Balok dalam pukul 9 setengah..

Setibanye di sana ahli ajk pun memastikan semua berjalan seperti yang telah dirancang.. Semua aktiviti yang telah kami rancang selama sebulan telah kami curahkan pada hari tersebut dengan pelbagai aktiviti seperti acara kotak beracun.. persembahan kumpulan.. Futsal pantai.. bola tampar.. tarik tali.. dan sebagainye la..

Puas rasa hati apabila dapat melihat rakan gembira kat sane walaupun terpaksa mengorbankan kegembiraan diri sendiri sebab bagi aku pemimpin ni adalah kuli kepada mereka yang dipimpin.. Itulah yang aku setkan dalam otak aku bagi memastikan semua berjalan lancar walaupun ada juga sesetengah ahli ajk yang tidak memberikan komitmen dengan sebaik mungkin setelah diberikan tugas.. Namun dunia ini tidak sempurna dan aku tak boleh nak harapkan kesempurnaan itu mengatasi batas perangai manusia yang serba kekurangan ini..

Aktiviti habis dalam pukul 7 dan kesemua pelajar selamat sampai ke kampus masing-masing dalam pukul 9 malam.. Aku dan ajk yang lain menjadi orang terakhir yang sampai ke kampus bagi memastikan keselamatan mereka senantisa terjamin.. Harapan aku agar semua rakan berpuas hati dan gembira dengan aktiviti ini kerana kami merancang selama sebulan bagi memastikan kegembiraan korang untuk sehari... Minggu ini pulak aku ada debat kat UiTM Jengka.. Tak tahulah sempat ke tidak untuk ke majlis konvo Along...

Assalamualaikum...

Saturday, July 18, 2009

SAKIT-SAKIT.....

Sempat lagi itu madam nak posing


Gambar aku dengan kawan-kawan.. Rey sakit pun ada hati nak bergambar.



Tengah tunggu nak ambil ubat



Inilah muka orang sakit



Aiman, Izwar, Madam shatrah


Bosan betul la tunggu orang sakit kena periksa.. hehehe.. madam siap makan keropok lagi

Baru-baru ini rakan aku dekat UiTM Kuantan ini ramai yang demam.. Paling ketara sekali sampai dekat Bukit Skilau... Awek aku sendiri pun sampai kena tahan wad dekat Kemaman untuk 2 hari.. InsyaAllah esok nak pergi tengok dia dekat Kemamam kot dengan motor.. Deat Padang Lalang pula ramai lelaki yang demam.. Rey.. Zul.. Khalam.. dan ramai lagi la..

Risau itu memang risau la tengok kawan-kawan aku tak sihat.. Apa yang aku dapat bantu adalah hantar mereka pergi hospital dengan motor panther kesayangan aku 2 itu.. Nak bantu lain tak mampu jadi aku boleh tolong bawa pergi hospital la.. Duit minyak itu tak kisah la asalkan aku dapat bantu kawan-kawan aku sihat balik sebab nak periksa dah ni.. Kesian kawan aku nanti..

Bila aku tengok Rey teruk sangat aku ajak Madam Shatrah pergi hospital sebab kebetulan aku jumpa dia dekat bawah blok c... Dia baru saja lepas balik hantar Hazirah Hasbi dari hospitsl.. Dia demam teruk la sampai doktor suspek Hazirah kena HINI.... Terkejut jugak la aku dengar.. Apa yang mampu aku bantu adalah dengan berdoa supaya kawan aku sentisa sejahtera.. Itu la doa aku dari dulu sampai sekarang untuk kawan aku...

Gambar-gambar dekat atas ini sewaktu aku, izwa, madam shat, zul ngan aiman bawa rey pergi hospital sebab rey demam teruk.. Dalam sakit-sakit itu sempat lagi bergambar tu... Itu yang tak tahan.. hehehehe...
Nasihat aku untuk semua kawan-kawan banyakkan lah minum air masak.. Sembahyang itu jangan tingal walau kita dalam keadaan sakit... Aku sentiasa doakan korang supaya sihat sejahtera...

Monday, July 6, 2009

MOTO AKU MMG POWER LA

aku dengan faizal kat perhentian lanchang


Inila Panther txr150cc kesayangan aku


Baru saja lepas tukar tayar motor dekat sentul


hitam merah.. panther kesayangan aku



Motor aku dengan faizal


Pasni kalau ada rezeki aku nak convert kepada panther jerung


Lepas saja motor aku dah siap semua dekat sentul tu aku pun pulang balik ke kuantan pada pagi ahad hari berikutnya.. Aku dengan faizal bertolak dalam pukul 9.30 pagi selepasj saja makan sarapan dekat rumah Aiman.. Aiman dengan adik dia tolong tunjuk jalan sampai aku dengan faizal keluar dari tol kat gombak tu..

Pagi sebelum bertolak tu aku cek la motor.. Maklumlah motor lame.. Minyak hitam pula tak habis-habis bocor... Banyak pula tu.. Aku pun tak tahu dari mana datang bocor tu. Dah repair pun bocor lagi..Moto aku da 17 taun dah pun.. Aku ni tuan ke berape pun entah la. Atas highway pada mulanya memang tak bawak laju pun sebab motor faizal baru saja servis enjin dan kami bawa dalam 100 km/h je.. Memang membosankan la tak dapat uji kepantasan motor.. Lagi pun kawasan tu berbukit dekat kawasan genting tu..

So main gear je la.. Ada la sorang awek bawa lc ni laju betul.. Hasrat hati mmg nak kejar la tapi jap lagi tertinggal pula faizal kat belakang tu.. So aku steady jela maintain dalam 100km/h.. Kami berhenti rehat banyak kali la jugak.. Solat sume dulu kat gambang.. Berhenti sebab takut enjin motor panas plak..

Lepas saja masuk kawasan karak tu jalan da lurus.. Aku pun ape lagi.. Suruh faizal jalan kedepan dulu aku amik lajak skit.. Nak test tengok moto aku dapat pegi berape laju. Ape yang dapat aku dapat cakap memang sedap la naik panther ni sbb dia ringan ngan 150cc plak.. Mula-mula lepas saja aku turun gear 3 aku terus tekan sampai 100km/h.. Masuk je gear 4 dan seterusnye meter motor dah cecah 160km/h.. Memang rasa macam motor aku terbang je time tu.. Silap je sikit memang melambung la aku.. Tak berani nak pulas sampai abis dan aku pulas separuh je.. Kire time tu motor aku dah cecah 160km/h la.. Memang laju tol..Lagi pun aku mmg pakai blok 225 untuk moto aku ni.

Sampai je Temerloh hujan plak tu, so kami berhenti dekat shell temerloh.. Aku plak lupe nak beli rain coat so dok la kat stesen minyak 2.. Sampai hujan berhenti.. Aku dengan faizal sampai kuantan dalam pukul 4.00 petang.. Satu pengalaman yang tak dapat aku lupekan.. MOTO AKU MEMANG POWER LA.. Ni la harta aku yang paling aku sayang..

SEJARAH ZAMAN BUDAK-BUDAK

Dulu kat sini ada taman yang aku slalu g main time dak2

kat kawasan tiang ni la aku slalu dok panjat

Nila rumah flat kediaman aku dan keluarga time 90an


Dulu kat sini la ada tiang yang aku tumbuk sampai runtuh garaj



Garaj ni plak abah aku slalu parking kereta



padang kecik ni aku slalu main basikal


Dulu tiang ni same tinggi ngan aku je. depan umah aku


kali ni masih same lagi di mane aku nak ceritakan pengalaman aku kembali ke tempat zaman budak2 aku dari taun 1990-1999 sebelum aku berpindah ke Ipoh.. kalo di ikutkan da dekat 10 taun aku xdatang kampung baru tempat keluarga aku menetap dulu..

melangkah je turun kereta 2 mmg aku da tersenyum sorang2 da apabila mengimbau kenangan zaman budak2 dulu.. aku mmg sorang yang nakal n kalo xsilap aku time aku kecik dulu aku suke bawak hammer(tukul) yang tokwan aku bagi sbb aku meminati bab2 katuk mengetuk ni.. kalo aku bawak je hammer 2 sume kawan2 aku mesti lari sbb takut kene pukul..

Antara pengalaman aku time kecik2 yang payah sgt aku lupakan bile aku kene pukul ngan jaket kulit ayah aku sbb aku menipu abah aku n sejak 2 aku da xbrani da nak menipu abah aku.. sakit sgt rasenye ble kena zip jaket kulit 2.. mak aku pnh gosok cili kat gigi aku sbb aku kate yang bkn2 kat mak aku.. kali tiap kali aku kene lempang je ngan abah aku mest kat si2 jgk aku terkencing tau.. hehehhe.. sume 2 da jadi kenangan n pedoman yang aku masih pegang sampai la skunk.. dulu mak n abah aku garang giler tp skunk diaowg da macam kawan utk aku..

Aku jgk pnh kene hempap ngan garaj kereta.. time 2 aku ngah tunggu van nak g sekolah kat bawah garaj yang da usang. konon2 nak tunjuk kuat aku pun g tumbuk tiang garaj 2 tibe2 runtuh plak n hempap badan aku.. abis berdarah kepala aku.. time 2 mak aku ngah suap anak orang lain makan .. yang aku ingat mak aku lempar pinggan 2 n trus g kat aku.. kuasa seorang ibu mmg terkejut bile mak aku sorang mampu utk angkat garaj yang berat 2 sorang diri utk aku kuar dari bawah 2... mak aku bawak aku g hospital ngan lori ikan je tau... abah aku time 2 keje. time dalam bilik operation 2 nak jahit kepala aku abah aku adala.. aku pegang tangan abah abah aku kuat2 sbb sakit tau... 2la salah satu pengalaman kanak2 aku..

Dulu family aku ssh.. tapi susah macam mane pun perkara 2 xpnah menjadi batu penghalang utk aku jadi yang terbaik...

Sunday, July 5, 2009

MY JOURNEY TO KL

Bergambar kat klcc

2 orang gelandangan

da sepuluh taun xdatang klcc



bapak besar makan kat subway


ni bukti aku datang subway.. hehehe




Salam.

Ni salah satu cerita yang paling best dalam idup aku.. Dlam post kali ni aku nak ceritakan kepada sume pmbaca berkenaan perjalanan aku ke Kuala Lumpur untuk mengambil moto aku..


Pada hhari jumaat yang lalu.. aku bersama seorang rakan(faizal) telah bercadang untuk ke Kuala Lumpur setelah abah ku bersetuju menghantar moto aku ke Kuala Lumpur. Aku bertolak pada pagi jumaat dalam pukul 8 pagi bagi mengelakkan cuaca yang panas. Kami bertolak menggunakan moto faizal(wave 125) menggunakan lebuh raya karak..

Abah aku bertolak pagi sabtu kerana jumaat 2 keje lagi.. So aku ngan kawan aku lepak kat rumah kawan aku kat Dato Keramat kuala lumpur.. Dok kat umah die dapat makan free so jimat la duit makan aku.. hehehehe... Malm 2 je ktowg g pusing kl.. g makan subway la tapi aku pau kawan aku je sbb xde duit.. hehehehe.. jimat la katekan. kat kampus pun makan nasi ngan telur je skunk ni ngan air suam....

Pas je makan subway g klcc plak pusing kl.. last time aku g klcc time 1999 kire da spuluh taun da x masuk klcc 2.. kembali ke nostalgia gak la.. hehehe.. Esk 2 ble ayah aku sampai kat kl aku trus g jumpe abah aku kat Jalan Sentul tempat mat2 moto berkumpul.. spare part kat si2 mmg murah giler.. aku nak cari sport rims la nant.. hehehe baru RM180 je..

Macam2 masalah la jadi kat sne.. time 2 la tangki bocor la... moto kawan aku plak enjin wat masalah.. pas je anta abah aku kat lrt sbb abah aku nak g amik radio kat umah acu aku trus g tempat moto 2 nak amik moto kawan aku.. dalam kul 7.30 malam baru siap moto 2.. mmg letih la.. Pagi esk 2 trus bertolak balik dalm kul 9 pas sarapan kat umah aiman..

TRIME KASIH ABAH SBB ANTA MOTO 2..